سْـــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

My photo
Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, kamaa shallaita 'ala Ibrahim wa 'ala aali Ibrahim, innaKa Hamidum Majid. Allahumma barik (dalam satu riwayat, wa barik, tanpa Allahumma) 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, kama barakta 'ala Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim, innaKa Hamiidum Majid). Ya, Allah. Berilah (yakni, tambahkanlah) shalawat (sanjungan) kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya, Allah. Berilah berkah (tambahan kebaikan) kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi berkah kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. [HR Bukhari, Muslim, dan lainnya. Lihat Shifat Shalat Nabi, hlm. 165-166, karya Al Albani, Maktabah Al Ma'arif].

Sunday 13 November 2011

Apa yang jadi pada blog kita selepas kita mati?


Apa yang jadi pada blog kita selepas kita mati?


salam nisfu syaaban :)
dalam salah satu teka-teki Iman al- Ghazali ada bertanya,

"Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini"

dan jawapannya adalah KEMATIAN :)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. 
(Al-'Imran : 185) 

sedang enak bersiar-siar di facebook, aku terjumpa satu artikel yang bagi aku sangat menarik ni,
jadi aku nak sharekan kepada semua.
artikel bertajuk :

Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?









by Alias Md Desa K 

assalamualaikum..
satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●

Join us for more video and info ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ►https://www.facebook.com/layarMinda


ok,berkaitan dengan tajuk yang lebih kurang, mehkita sama-sama fikir apa yang akan terjadi pada blog kita selepas kita mati.
pointnya tak banyak beza dengan isu facebook tersebut.

tahukah bila kita akan meninggal?
takkanlah time tu baru kita terhegeh-hegeh nak bersedia untuk bertaubat dan nak delete semua benda yang tidak patut tu? :)




isu aurat satu hal..
mungkin aset yang selama ini kita tayang untuk dapatkan traffic yang tinggi.
tapi semua itu boleh ke jadi penyelamat bila kita dah tak ada nanti?
semua tu hanya jadi penyebab untuk kita rasa terseksa kelak.
orang berterusan akan datang melawat blog kita selagi ianya ada dalam search engine.
ditempat yang kita tak ada kuasa nak hapuskan tu belakang cerita,
tapi sebenarnya kita boleh je cari cara untuk delete semua gambar yang tak enak dipandang tu kan.

take note ye, aurat bukan sekadar free hair,
tapi apa sahaja jenis pemakaian yang tak menurut syariat islam jugak dikira aurat :)
takkan nak tunggu kita berpakaian kapan baru nak menutup aurat dengan sempurna kan :)
tu baru isu aurat, macamana pulak jadi model la, make-up secara berlebihan dan tabarruj?
untuk apa kita tayang kecantikan? untuk dipuji? jawapan pada diri kita sendiri ^_^



bagaimana pula yang suka tayang dosa ketika bersama kekasih masing-masing.
mungkin terlalu bangga dengan pasangan kekasih sampaikan nak bagitahu satu dunia.
juga ada yang tayang gambar sedang buat maksiat dengan bf/gf masing-masing dengan berpeluk atau berpegangan tangan, siap tulis "kaulah nyawaku, kaulah hero hatiku"hehs
hero yang boleh tolong kita ketika di kubur?
mungkin ada yang berpendapat, si mati bukan dapat dosa pun kalau orang tengok dia berpeluk semua asalkan aurat tertutup rapi, kalau itu aib, dan tak perlu untuk tayang kepada semua orang.
ye dak?


ok, tu tak masuk aset dosa yang kita bawak kerana post kita.
post yang mungkin menfitnah orang, gossip yang menjadi kegilaan..
atau membuka aib orang lain malah aib diri kita yang kita duk tayang aurat orang lain.
ada yang kita kutuk dan maki hamun orang gara-gara emosi lagi..

kalau lah kita tahu kita esok kita akan meninggal, tentu kita akan delete semua tuSEKARANG JUGAK kan..





pintu taubat masih terbuka selagi kita mampu bernyawa.
hindar kan diri dari dosa, dan penyebab kita terseksa bila kita sudah tiada nanti..
taknak la ada yang halang kita untuk jadi penghuni syurga kan..
dengar perkataan neraka pun dah scary X_x
siapa mahu tolong kita kalau bukan diri dan amal kita?
carilah redhaNya, carilah pengampunanNya :)


p/s : 
mungkin ada mana-mana part di blog aku yang menzalimi diri sendiri dan orang lain, jadi sila tegur ya? :)
begitu jugak sabahat kita yang lain, mungkin ada yang tidak sedar adanya elemen yang tidak patut, so sama-sama la kita saling tegur ^_^